Pernyataan ini saya memang saya
selalu dengar daripada saudara-saudari kita yang bekerja di Syarikat
Swasta yang memberikan kemudahan perubatan. Jadi mereka berpendapat, "Buat apa amik plan medical insurance/takaful? Syarikat tempat saya bekerja cover unlimited..." atau ada juga yang bagitau saya, "Syarikat saya cover medical, so saya tak perlu amik plan medical sekarang..tunggu saya dah pencen baru amik"
Memang saya teramat biasa dengar
perkara ini. Tetapi, kepada saudara-saudari kita yang bekerja dengan
syarikat swasta, yang terlalu yakin dengan manfaat perubatan yang
disediakan oleh syarikat. Pertama sekali, saya ucapkan tahniah, kerana
anda bertuah sebab company tenpa anda bekerja prihatin dan memberikan
kemudahan perubatan yang ditanggung oleh syarikat insurance yang mana
premiumnya ditanggung oleh syarikat.
Ada beberapa perkara yang saya ingin bertanya kepada mereka2 yang berpendapat seperti yang saya nyatakan di atas.
PERTAMA- Company cover unlimited....Betul,
kekadang memang kita dengar syarikat tempat kita bekerja cover medical
unlimited. Sedangkan kita tidak pernah pun lihat sendiri policy yang
menyatakan medical coverage kita unlimited. Akan tetapi, hakikatnya,
walau pun unlimited..(pada pendapat anda)....limitnya adalah...
i. Sekiranya anda mengidap penyakit
kritikal, yang terpaksa memerlukan cuti yang panjang, atau kerap bercuti
daripada menjalankan tugas disebabkan keperluan untuk mendapatkan
rawatan. Agak-agaknya, berapa lama syarikat mahukan kita terus berada
dalam syarikat tersebut?...Syarikat terpaksa membayar gaji sedangkan
kita sudah tidak productive (sebab asyik cuti saja). Sekiranya anda yang
menjadi pengarah syarikat (pemegang syer terbesar dalam syarikat),
berapa lama agaknya anda ingin simpan orang yang tidak productive berapa
didalam organisasi anda? Sedangkan syarikat terpaksa membayar gaji
pekerja yang sakit tadi?...Biasanya kes-kes ini akan masuk dalam Medical
Board untuk perbincangan sama ada pekerja tersebut perlu diberhentikan
kerja atas-atas sebab kesihatan. Setuju?...
Jadi, setelah kita tidak lagi
diperlukan syarikat, adakah syarikat masih mahu membayar lagi semua kos
rawatan anda pada masa akan datang? Jadi, inilah hadnya atau limit
medical benefit yang disediakan oleh syarikat. Kemudian, dah sakit baru
nak mohon medical card? Adakah syarikat insurance mahu berikan
perlindungan perubatan kepada kita? Fikirkanlah sendiri...
ii. Kalau kita bertukar tempat
kerja, adakah syarikat asal masih mahu memberikan manfaat perubatan
lagi?...Kalau tempat baru tiada menawarkan kemudahan perubatan, tapi
dengan gaji yang lebih tinggi dan sukar untuk ditolak, bagaimana?..anda
tukar kerja atau tidak? Seterusnya jawapan anda.."Haaa, masa tu baru le
amik medical card.."....jawapan saya "...Kalau you boleh jamin you sihat
sampai bila-bila dan takkan sakit, then you amik medical card nie
kemudian, kalau you tak boleh jamin, lebih baik amik sekarang...sebabnya
medical card hanya boleh dibeli dengan 2 benda iaitu DUIT dan
KESIHATAN. Dah sakit, kalau you boleh bayar saya RM 2,000 utk 3 tahun
punya payment akan datang sekali pun, syarikat akan tolak permohonan
you....masa tu menyesal sudah tidak berguna, bersiap sedia le untuk
menghabiskan duit simpanan untuk biaya kos rawatan. Termasuklah duit
dalam EPF....bagaimana hari tua anda?....EPF untuk simpanan hari tua,
tapi tak sempat nak tua duit dalam EPF dah habih bayar ke
Hospital....Fikirkan lah sendiri.."
KEDUA - Tak perlu ambik medical card sekarang sebabnya saya dah ada company punya.
Sekiranya anda boleh jamin anda akan
sihat sampai le anda dah nak bersara besok, anda boleh tunggu untuk
amik medical ini akan datang. Tapi, kalau anda tak boleh jamin, lebih
baik anda ambil sekarang.
Kita biasa melawat saudara-mara kita
di hospital...pernah atau tidak kita bertanya kepada pesakit tu, "Kou
tau dari awal ke yang kou akan kena sakit nie?...." atau "Kou memang nak
ke, sakit nie terkena kat kou"...cuba le tanya diorang sama ada
jawapannya Ya atau Tidak.
Kalau jawapannya tidak, anda kena
amik medical card sekarang. Kalau jawapanya ya....anda tak perlu amik
medical card tu sekarang sebabnya, sebabnya anda ada keboleha untuk tahu
apa perkara yang akan berlaku pada masa aka datang. Jadi, apabila anda
tau anda nak sakit je, baru anda amik. Fikirkanlah sendiri.
Kalau nak ambil medical card
sekarang, hubungi saya. Penerangan percuma dan tiada paksaan, itu janji
saya. Saya cuma ingin beritahu anda apa yang anda perlu tahu pasal
medical card ini dan bagaimana medical card ini penting untuk elakkan
anda jadi seperti kes-kes seperti di bawah ini. Kalau anda tidak tahu,
jangan tidak ambil tahu, ambil tahu, fahamkan apa sebenarnya medical card ini.....kemudian
buat keputusan sama ada perlu ambil atau tidak. Sebabnya....kalau anda
dah sakit, agent insurance/takaful dan syarikat insurance boleh cari
client yang sihat. tapi, anda tidak boleh cari insurance yang nak cover
orang yang dah sakit.
Sekadar berkongsi pengalaman.
Untuk pengetahuan anda semua, saya
ada seorang client yang buat claim pembedahan batu karang, kos rawatan
cecah Rm 20,000 di salah sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.
Kemudian dalam pula elaun hospital dan elaun bedah hampir RM 6,000.
Dengan caruman Rm 150 sebulan, dia mampu untuk mendapatkan rawatan yang
terbaik, dan tidak terjebak dengan hutang. Sebaliknya, dapat duit elaun
lagi.
Sekiranya nak tahu bagaimana plan
Prudential BSN Takaful ni boleh bantu anda supaya tak jadi seperti yang
dalam berita nie, hubungi saya di 019-9825313 (Tuan Mohd Asri) atau dapatkan quotation percuma. Atau masuk sini : Free Quotation
Sekian.
Pages
Disclaimer : "Saya adalah seorang agent di bawah agensi yang mewakili Syarikat Prudential BSN Takaful Berhad. Maklumat di dalam blog ini hanya sebagai penerangan ringkas dan berdasarkan pendapat peribadi saya. Ia juga bukan sebahagian daripada polisi. Saya dan Syarikat PruBSN Takaful Berhad tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat salah faham dalam apa yang saya sampaikan. Anda dinasihatkan untuk berjumpa terus dengan wakil kami untuk mendapatkan penerangan yang lebih terperinci"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment