Business Insurance/Takaful..
______________________________________________________
Ok, anda
mungkin dah baca artikel saya mengenai kenapa lebih baik ceburkan diri
dalam business franchise dan tidak business kecil-kecilan.
Ada
banyak business franchise yang anda boleh ceburi, seperti bukak outlet
restoran segera McDonalds, KFC, Pizza Hut dan sebagainya. Atau membuka
station minyak..seperti Petronas, Shell dan sebagainya...
Persoalannya?..adakah
anda tahu berapa modal yang anda perlu ada dalam account bank anda
untuk anda mulakan franchise McDonalds, KFC dan sebagainya yang saya
sebutkan di atas tadi?..kalau tak silap saya...kena ada RM 1 juta lebih.
Memang tak dinafikan, kalau bukak, Insyallah untung. Tapi berapa orang
boleh cari RM 1 juta lebih nie...?
Jadi, saya ingin berkongsi kepada
pembaca semua, ada franchise business yang kurang memerlukan modal dan
mempunyai pasaran yang amat luas. Iaitu...
BUSINESS INSURANCE / TAKAFUL.
Mungkin
ada pembaca menganggap ini satu bentuk iklan untuk menjadi agent
insurance / takaful. Saya tak kisah. Sebabnya, saya hanya berkongsi apa
yang saya dah buat dan apa yang saya dah lalui hampir 8 tahun lebih
dalam bidang ini. Dan yang paling penting....apa yang saya dapat dalam
bidang ini.
Dengan business insurance la saya dapat kumpul duit
dan kembangkan pelaburan saya....sama ada dalam ASB, ASW, rumah sewa,
lembu..dan akan datang nie pelaburan emas pulak.
Jadi, sama anda
nak teruskan membaca atau tidak, saya tak kisah. Saya tak rugi apa2.
Saya cuma nak berkongsi pengalaman saya sahaja.
Ok, saya teruskan...
Bila
citer pasal business je, apa yang tergambar dalam fikiran
anda?..Modal?...emm, dalam business insurance...modal kurang penting.
Yang penting adalah..."pasaran". Product yang kita jual tu ada pasaran
atau orang perlukan atau tidak?...sebabnya, kalau kita ada modal sekali
pun, kita jual product yang orang kurang nak beli...pening jugak
kita...nak jual kat siapa...
So, macam mana product insurance nie boleh ada pasaran....ok. Cuba kita lihat ini.
Pasaran
(market) ada disebabkan ada permintaan (demand), dan permintaan ada
disebabkan oleh masalah (problem)....So, ringkasnya macam nie...
Problem akan Create Demand akan Create Market
Apa
problem dalam masyarakat yang menyebabkan insurance nie ada
permintaan?...Ada 5 sebab utama. Dan masalah ini, mungkin anda boleh
ignore, tapi anda tak boleh nak elak sekiranya terjadi kepada anda.
1- Dying too Soon
-
Mati muda?...apa masalahnya?...yang pergi takkan kembali. Tapi yang
tinggal perlu meneruskan kehidupan. Bayangkan, kalau ayah muda (dalam
awal 30-an)....anak kecil 2 orang (sorang 3 tahun dan seorang lagi bayi
baru 3 bulan)...tetiba meninggal dunia, dan isteri pulak tidak bekerja.
Hutang siapa yang perlu selesaikan. Hidup perlu diteruskan, dan
keperluan harian tetap perlu disediakan. Apa akan jadi dengan masa depan
anak2 kecil ini?...kita boleh bayangkan bukan?..
- Apa bagusnya
ada insurance/takaful pula?...orang yang pergi memang tidak boleh
diganti. Tetapi income orang yang pergi kita boleh ganti. Dalam contoh
di atas, suami dan ayah tidak boleh diganti, tetapi pendapatan suami dan
ayah boleh digantikan, utk jangka masa tertentu, sementara si ibu dapat
mencari altenatif lain. Sekurang-kurangnya kos sara hidup dan kos
pelajaran anak sekolah tidak terabai. Ilmu penting untuk anak2...kalau
sekolah pun tak ke mana?..bagaimana besar nanti?..
2- Living too Long
-
Mati muda masalah, hidup terlalu lama pun masalah?..Masalah akan timbul
kalau kita tak bersedia. Kalau umur 50 baru nak start menyimpan, dan
masa tu pulak penyakit dah mula datang....simpanan akan habis untuk
biaya kos rawatan sahaja.
- Insurance merupakan satu cara untuk
kita membuat simpanan secara paksa untuk masa depan kita. Kalau kita
umur panjang, kita dah bersedia....masalah akan tetap ada, tapi
sekurang-kurangnya masalah kewangan kita boleh rancang.
3- Living Death
-
Yang ini saya rasa tak perlu untuk diterangkan panjang lebar. Sekarang
nie, kos rawatan semakin meningkat. Memang betul, kita boleh dapatkan
rawatan di hospital kerajaan, dan tak perlukan insurance kesihatan untuk
dapatkan rawatan di hospital kerajaan. Tapi..hakikatnya...lihat sahaja
contoh artikel ini...kalau anda mampu, anda nak ke dirawat macam
nie?...fikirkan sendiri. Kalau anda sanggup, ramai yang tak sanggup, dan
ramai yang sanggup beli insurance untuk mendapatkan keselesaan apabila
mendapatkan rawatan di hospital. Jadi, kalau ramai yang sanggup beli,
bukankah itu satu peluang kepada kita yang buat business
insurance/takaful?
4- Child Education
-
Hadiah paling berharga kepada anak kita adalah pelajaran yang sempurna.
Namun, nak berikan pelajaran yang sempurna bukan dengan air liur
sahaja. Kena keluar le "Agung" dalam wallet tu...:D. Kalau yang kurang
faham, kena keluarkan duit untuk berikan pendidikan sempurna kepada
anak. Pada peringkat sekolah rendah dan menengah pun kosnya kekadang
memeranjatkan kita, apatah lagi di Universiti....apatah lagi di over
sea...dan amik course kedoktoran pula...Jadi, kalau kita tak mula
menyimpan untuk anak, kelak anak boleh sambung pelajaran, kita pulak tak
mampu nak berikan dia pelajaran yang sempurna. Jangan menyesal kemudian
hari. Sebab tu, plan pendidikan sekarang nie merupakan satu perkara
yang hot....ramai orang dah mula nampak kepentingannya.
- Kenapa
simpan dalam insurance, kan lagi bagus terus simpan dalam ASB,ASW,ASD
dan yang sewaktu dengannya...memang betul. Saya tak kata salah, tapi
kena faham satu perkara. Hanya pelan insurance/takaful je yang boleh
buat macam nie..iaitu...kita simpan setiap bulan untuk pelajaran anak
utk kegunaan di masa akan datang, tapi kalau kita tak boleh nak sambung
menyimpan di sebabkan..:
a. Kematian (dying too soon)
b. Mengalami sakit kritikal (living death)
c.
Lumpuh kekal keseluruhan sampai tak boleh nak kerja, dah tak kerja tak
de income, tak de income, macam mana nak sambung simpan?
Tapi ,
kalau simpan dalam account pendidikan anak2...kalau pembayar ditimpa
musibah, caruman akan diteruskan oleh syarikat insurance...nak tengok
plan pendidikan anak2 dari PruBSN Takaful.
5- Wealth Creation
Seperti
yang saya pernah cerita di atas...kita sibuk dengan mengumpul kekayaan
untuk tujuan tertentu. Dan sudah tentu untuk kegunaan hari tua atau
kecemasan. Dan dalam kesibukan kita mengumpul kekayaan, pernah tak kita
terfikir untuk protect kekayaan yang kita kumpul. Nak protect daripada
apa?...antaranya adalah daripada duit simpanan kita digunakan untuk
tanggung kos rawatan. Kalau kita tak de medical insurance, kekayaan yang
kita kumpul boleh habis dalam beberapa bulan sahaja. Jadi, dalam kita
kumpul kekayaan, jangan lupa untuk melindunginya.
Jadi, masalah2
di atas ini takkan selesai...akan sentiasa ada. Ada yang meninggal
dunia, ada yang lahir ke dunia. So, anda dapat lihat tak peluang kat
sini...
Seterusnya....kalau kita buat business...mesti terfikir dari segi pulangannya...
Jadi, apakah potensi pendapatan kita bila kita menceburi bidang insurance/takaful nie? Masuk sini...
Pages
Disclaimer : "Saya adalah seorang agent di bawah agensi yang mewakili Syarikat Prudential BSN Takaful Berhad. Maklumat di dalam blog ini hanya sebagai penerangan ringkas dan berdasarkan pendapat peribadi saya. Ia juga bukan sebahagian daripada polisi. Saya dan Syarikat PruBSN Takaful Berhad tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat salah faham dalam apa yang saya sampaikan. Anda dinasihatkan untuk berjumpa terus dengan wakil kami untuk mendapatkan penerangan yang lebih terperinci"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment