Assalamualaikum....
Saya nak berkongsi sedikit cerita
daripada agent baru saya. Ianya bermula semasa saya buat sessi coaching
bersama agent baru ni. Agent baru nie perempuan dan kalau tengok dari
perwatakannya, beliau agak pendiam dan pemalu. Tapi apa yang saya nak
kongsikan adalah, macam mana beliau berfikir dalam menjalani aktiviti
sebagai seorang agent takaful.
Biasa la...agent baru, memang malu2
nak approach prospect dan bagitau diorang yang kita nie buat business
insurance. Sebab dalam kepala kita dok fikir..."Entah2 dia dah
ada"..."Dia nampak macam tak nak je"..."Nampak macam serious
je"..."Segan le...takut kena reject"...dan pelbagai andaian terkeluar
dalam kepala. Jadi, saat ini, keputusan anda amat penting. Apa yang anda
putuskan bermula dalam minda anda, amat penting. Sebabnya, kalau kita
dok fikir2 atau assume atau pre-judge, apa yang kita dapat?...kita not
even buat lagi pun, dah fikir macam-macam. Kita bukannya "fortune
teller"...sebab kita tak tau apa yang ada dalam fikiran prospect kita.
So, kata2 azimatnya adalah "NEKAD SESAAT"....so, nekad je, untuk tegur
atau approach prospect tu. Result jangan fikir dahulu, outcome jangan
kita risau...sebab yang penting kita buat 1st step, iaitu tegur dulu.
Jadi, kita kembali kepada cerita
agent saya nie, sekali approach, prospect tu very2 positive dan ada
chance untuk open dia plan takafulink (simpanan dan medical card). Sebab
apa?..kita tak tau prospect nak ke tak nak policy selagi kita tak buat
fact finding atau dengan bahasa yang mudah, selagi kita tak tanya.
So, macam tu la ceritanya. Dalam
kita terfikir2 macam yang negative. Amik masa sesaat utk kita nekad dan
approach. Kalau kena reject sekali pun, apa yang kita rugi?...kita hanya
mampu sampaikan apa yang terbaik kepada prospect kita. Selebihnya Allah
yang pegang hati2 mereka. So, kena le berdoa " Ya Allah, Engkau
bukakanlah hati prospect nie, supaya beliau menerima cadangan takaful
yang aku berikan"...kena berdoa....mudah-mudahan client akan lembut
hati.
Pekara ini lebih kepada keupayaan
kita untuk "PERCAYA"...sebab business insurance/takaful agent perlu
percaya..bahawa rezeki yang Allah bagi untuk semua orang. Kalau orang tu
kerja kuat, Insyallah, dapat banyak. Kalau kerja dah kurang, apa yang
kita harapkan?...
Selain percaya, anda perlu ada
DETERMINATION yang tinggi. Bahasa yang paling mudah kalau you nak
sesuatu tu, you akan berusaha untuk dapatkan apa yang you nak. You nak,
kena NEKAD SESAAT....buat keputusan dan bertindak. Dalam business
insurance / takaful, pada saya kita kena buat dulu baru analysed, jangan
asyik analysed...akhirnya kita tak buat apa2 tindakan pun.
Macam mana kita nak
dapatkan determination dengan apa yang kita buat?...pada saya
mudah..."Agent perlu ada CRYSTAL CLEAR GOAL". Maknanya apa yang agent tu
mahukan, diorang perlu jelas...apa dan kenapa?....selepas tu, buat
planning untuk dapatkan jawapan bagaimana nak buat. Akhir sekali adalah
platform untuk kita praktikkan apa yang kita belajar. Jadi, seperti
gambar di bawah ni, kalau anda boleh bayangkan apa yang anda ingin
capai, sooner or later, Anda akan dapat. Insyallah.
Sekian.
Pages
Disclaimer : "Saya adalah seorang agent di bawah agensi yang mewakili Syarikat Prudential BSN Takaful Berhad. Maklumat di dalam blog ini hanya sebagai penerangan ringkas dan berdasarkan pendapat peribadi saya. Ia juga bukan sebahagian daripada polisi. Saya dan Syarikat PruBSN Takaful Berhad tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat salah faham dalam apa yang saya sampaikan. Anda dinasihatkan untuk berjumpa terus dengan wakil kami untuk mendapatkan penerangan yang lebih terperinci"
No comments:
Post a Comment