Assalamualaikum dan
salam sejahtera. Agak lama jugak saya tak update blog saya nie. Bukan
takde idea..Alhamdulilah, idea melimpah ruah, tapi masa nak nak menaip
dan nak mengarang ayat tu, yang kurang sikit sebab sibuk dengan agency
development.
Tapi, apa pun, saya terpanggil untuk taip satu artikel pasal "Tunai Janji" ni.
Ceritanya macam nie...
Sehari sebelum saya
pergi outstation ke Kuala Terengganu, ada seorang client saya call.
Beliau merupakan seorang pegawai kerajaan berpangkat pengarah di salah
sebuah jabatan kerajaan. Dulu, masa memula nak sign policy, beliau lebih
concern pasal tax excemption yang boleh ditolak daripada caruman
insurance. Sebab beliau tak de caruman dalam EPF. Jadi, beliau pun make
full use RM 6000 setahun ditolak dari caruman takaful.
Kemudian, masa nak sign
up tu, saya ada mention pasal medical card. Beliau kata, tak perlu lah
kot, sebab beliau ada entitlement untuk dapatkan rawatan 1st class di
hospital kerajaan. Saya setuju dengan beliau dan yakin memang selayaknya
beliau mendapat layanan yang terbaik di hospital kerajaan berdasarkan
pangkat beliau.
Tapi, saya cuba insist juga untuk beliau ambil medical
card. Saya tak argue dengan beliau, sebaliknya saya puji beliau dan
beritahu bahawa beliau bertuah kerana dapat manfaat hospital kerajaan
yang hebat. Then, saya sell the idea " Encik, tujuan saya minta Encik
consider medical card nie, bukan nak gantikan apa yang Encik dah
entitled di hospital kerajaan, tapi lebih kepada pilihan."...saya pun
cuba berikan analogi. Kalau "Encik pergi ke kedai untuk beli barang atau
nak beli makanan, encik prefer pergi kedai yang ada banyak pilihan atau
kedai yang kurang pilihan atau tiada pilihan"...beliau kata.."Ada
banyak pilihan". "So, Encik setuju lah, ada pilihan lebih baik dari
tiada pilihan?.." tanya saya, ..beliau pun kata ya. So, saya pun
beritahu, bahawa apa yang saya offer ini lebih kepada pilihan. Bukan
sebab goverment hospital tak bagus atau Doktor tak cekap, atau peralatan
tak canggih, malah ada yang lebih canggih dari hospital private. Tapi,
apa yang saya nak sampaikan adalah, dari segi pilihan. Lebih baik ada
pilihan dari tiada pilihan langsung.
So, lepas tu, saya
terangkan sekali lagi, mengenai pilihan ini. "Katakanlah Encik prefer
nak buat rawatan kat Hospital Govt, boleh tak de masalah, teruskan,
tapi, saya nak tanya Encik...kalau tetiba hospital govt beritahu kita,
kita kena tunggu giliran disebabkan Doktor pakar yang nak rawat sakit
kita tu ada banyak appointment lain sebelum ini yang belum selesai, so,
kita punya appointment kena delay lagi 3-4 bulan, apa pilihan yang kita
ada?...."...dia terdiam dan saya tanya lagi..."Kita nak pergi ke
hospital swasta dengan pakai duit kita sendiri untuk bayar bill
rawatan?...Encik rasa bijak ke tak bijak cara macam tu?..sedangkan Encik
boleh buat pilihan tu sekarang"...Akhirnya, beliau setuju follow apa
yang saya proposed....
Kejadian di atas adalah pada tahun 2009.
Dan, sekarang nie, pada
tahun 2012, April....beliau call saya, dan bagitau saya, beliau ada
masalah kesihatan, ada tumor di bahagian pancaindera beliau dan beliau
sebenarnya telah pun mendapatkan pemeriksaan awal di Hospital Univ
Malaya. Tapi, beliau call saya sebab nak tanya, boleh tak nak buat kat
hospital private. Saya tanyalah, kenapa nak buat kat hospital private,
beliau jawab "Lambatlah sangatlah Ziz respond dan resultnya, ini nak
buat operation pun tak tau bila boleh buat, sakit nie dah start
membengkak"...then, saya pun beritahu tak de masalah, sebab Encik ada
medical card. Then terus saya remind dia " Encik ingat tak dulu saya
pernah beritahu Encik yang medical ini sometime kita amik bukan sebab
kita tak de manfaat perubatan, tapi lebih kepada pelbagaikan
pilihan"..Beliau tersangat setuju. Dan pada masa tulah saya terasa
sangat NIKMAT bila boleh dapat bantu client saya. Dan yang paling best,
bila apa yang kita janji, kita deliver...setelah hampir 3 tahun..
Kejadian ini bebetul
buat saya semangat untuk promote dan beritahu kepada orang ramai,
mengenai kenapa pentingnya kita adalah pilihan untuk buat rawatan
perubatan. Dan yang paling penting pilihan tersebut keadang bukan boleh
dibuat pada setiap masa. Maksud saya, pilihan tersebut (untuk amik
medical card) hanya boleh dibuat semasa sihat. Kalaulah, beliau tak amik
medical card pada tahun 2009 dan saya tak terangkan kepada perlu ambil,
mungkin beliau tak ambil, dan pada tahun 2012, beliau tanya pada saya
"Boleh ke saya nak tambah medical card sebab saya perlukan rawatan
segera untuk sakit saya nie..."....apa jawapan saya rasa2nya?...anda
boleh fikirkan sendiri dan anda jawab untuk diri anda.
Sekian...wassalam.
No comments:
Post a Comment