RESPECT, BONDING dan ENERGY a.k.a RBE
Apa kaitan perkataan di atas dengan business insurance/takaful?...
3 element yang mungkin biasa kita
dengar...tapi apa kaitannya antara satu sama lain. Dan apa kaitannya
secara langsung dengan business insurance/takaful?
Sepanjang saya buat business
insurance bersama dengan Prudential, semenjak 2003, ada beberapa perkara
yang bebetul mengajar saya...mengenai ENERGY (semangat)...
Business insurance nie penuh dengan
semangat, penuh dengan kekuatan mental. Jadi, kita lihat pulak, macam
mana nak dapatkan semangat nie....terutama kita dah tahu bahawa Business
Insurance nie adalah REJECTION BUSINESS. Business yang sentiasa kena
reject..(tapi tak semua reject)....cuma ramai yang reject...jadi, apa
ubat yang terbaik utk merawat rejection nie?...ubatnya adalah semangat
kita atau positive energy yang ada dalam diri kita.
Persoalannya...macam mana nak dapatkan semangat nie?...Pada saya simple je...
Cuba kita renungkan, kenapa Allah
suruh kita solat berjemaah?...kalau kita solat Zohor seorang diri,
berapa rakaat kita perlu solat?...4 rakaat bukan?...kalau solat Jemaaah
Zohor?...berapa rakaat kita kena perlu solat?...4 rakaat atau
lebih?...sudah tentu 4 rakaat jugak...tetapi pahala dan keberkatan yang
kita peroleh?...adakah sama dengan kita solat sendirian?...
Jadi, kita renung dalam business
insurance pulak. Ramai yang mengetahui, dan mengakui bahawa buat
insurance nie tak boleh buat seorang diri. Kena buat berkumpulan, buat
secara berjemaah....dan istilah yang biasa kita guna "TEAMWORKING"...
Apa prinsip asas kerja berkumpulan
nie?...pada saya ialah RESPECT....kita perlu respect kepada orang lain
dalam kumpulan kita. Respect ini sangat luas, saya berikan contoh yang
paling mudah...Apabila jalankan sesebuah project, sudah tentu ada
pembahagian tugas dan setiap tugas tersebut perlu diselesaikan mengikut
masa yang ditetapkan dan dengan sempurna. Jadi, cuba bayangkan, ada
salah seorang team member yang selfish..mementingkan diri sendiri, apa
akan jadi dengan project tersebut?..sudah tentu ada masalah, dan mungkin
menyebabkan team member lain terpaksa membuat kerja lebih...Apabila ada
yang buat kerja sikit, ada yang buat kerja lebih, tetapi hasilnya semua
dapat. Sebagai manusia biasa, akan ada perasaan tak puas hati
dikalangan team member....akhirnya...apa jadi dengan group
tersebut..akan jadi berpecah belah, tiada sifat saling mempercayai...
Sebaliknya, sekiranya setiap team
member tahu tanggungjawab masing2 dan RESPECT kepada team member
lain...hati kita akan happy dan dari situ lah terbentuknya UKHWAH sesama
ahli...atau BONDING....dan apabila BONDING antara satu sama lain
semakin kukuh, dari situ datangnya ENERGY. Dari energy yang luar biasa
itulah terhasilnya performance kerja hebat. Dan akhirnya ia akan
mewujudkan satu persekitaran yang sangat positive. Persekitaran yang
positive ini membolehkan kumpulan tersebut berkembang dan terus
berkembang.
Mungkin ada yang memandang remeh
perkara ini, akan tetapi kepada leader2 atau manager2 yang pernah ada
pengalaman membangunkan agency sendiri, tentu anda faham apa yang cuba
saya sampaikan...
Sekian
Pages
Disclaimer : "Saya adalah seorang agent di bawah agensi yang mewakili Syarikat Prudential BSN Takaful Berhad. Maklumat di dalam blog ini hanya sebagai penerangan ringkas dan berdasarkan pendapat peribadi saya. Ia juga bukan sebahagian daripada polisi. Saya dan Syarikat PruBSN Takaful Berhad tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat salah faham dalam apa yang saya sampaikan. Anda dinasihatkan untuk berjumpa terus dengan wakil kami untuk mendapatkan penerangan yang lebih terperinci"
No comments:
Post a Comment