Salam Aidilfitri.
Saya ada terbaca artikel
di Harian Metro Semalam (Ahad 26/08/2012). Ada banyak cerita pasal
orang2 Malaysia nie yang terlebih makan sampai jadi overweight dan
obesiti di Harian Metro.
Macam mana nak tahu kita ni
tergolong orang2 yang gemuk atau terlebih berat nie?...just check BMI
(Body Mass Index)...boleh check online kat sini
http://www.nhlbisupport.com/bmi/bmi-m.htm
Masukkan tinggi dan
berat anda, lepas tu, boleh tengok skala yang diberikan, sama ada anda
under weight, normal, overweight atau obes.
And kalau kita baca artikel tu, beberapa isi penting yang mungkin saya boleh kongsikan dan saya faham adalah :
1- Gaya pemakanan kita
2- Gaya hidup kita
Makanan orang Malaysia, terutama
Melayu, memang best dan pelbagai pilihan, tapi, itulah sebenarnya punca
utama. Selain dari kita selalu makan kat luar, yang kita tak tahu macam
mana kandungan bahan perasa atau sebagainya yang penjual makanan tu
letakkan dalam makanan kita. Sebab, pada diorang, asal makanan sedap
..."berasa" orang kata....dan pelanggan ramai, pada diorang ok. Sebab
diorang tengok keuntungan. Tak salah mereka jugak. Tapi, kita sendiri
la, kena beringat dengan gaya pemakanan kita.
Yang ke-2 pulak, gaya hidup kita,
yang selalu makan tengah2 malam. Teh tarik sambil tengok bola tengah2
malam atau awal pagi, lepas tu, tidur. Then, senaman kurang. Jadi, ini
semua punca2 jadi gemuk dan menambahkan risiko penyakit.
Ok, itu sebagai mukadimah je...apa yang saya nak highlight adalah benda nie..
Malaysia menduduki
tangga pertama di kalangan negara Asean yang mengalami masalah Obesiti.
So, maksudnya ramai yang mengalami obesiti, tapi, sebab dah ramai yang
macam, kekadang kita rasa benda tu, normal, sebab " Alaa.....bukan aku
sorang yang gemuk, ramai lagi yang lebih gemuk dari aku"..so, statement
macam ni, menyebabkan kita rasa comfort dan tak de motivasi untuk kita
kawal berat badan kita.
Dan masalah kegemukkan ini juga
boleh mengundang kepada risiko penyakit KENCING MANIS yang mana, boleh
membawa kepada pelbagai masalah kesihatan lain seperti kegagalan buah
pinggang, mata menjadi kabur dan buta, sakit jantung, komplikasi (luka
yang sukar untuk sembuh) menyebabkan jangkitan kuman kepada organ2
dalaman dan sebagainya....Boleh tengok sendiri data dari keratan akhbar
ini. Jumlah pesakit diabetic meningkat kepada 16.8 juta. Penduduk
Malaysia berapa orang?..28 juta...16.8 berisiko dengan penyakit
diabetis...
Harian Metro Ahad 26/08/2012
Sebab, blog ini banyak cerita pasal insurance dan takaful....
Ok, meh sini saya nak citer. Mungkin ramai yang dah tau, tapi saya yakin masih ramai jugak yang tak tau dan tak nak amik tahu.
Apa impact atau kesan kalau orang yang obesiti ini kalau diorang nak apply Insurance atau takaful especially medical card?
Rules of Thumbs...
"Nak apply insurance / takaful (sihat sebelum sakit)."
Alhamdulillah, ramai yang jugak yang dah aware pasal benda nie. So,
saya nak ajak anda berfikir pasal risiko. Walau pun kita tak tau, sebab
sakit atau sihat pada masa akan datang hanya Allah yang tahu dan
tentukan (tidak kira sama ada orang tu gemuk atau normal atau kurus).
Kita hamba-Nya yang lemah, tak tau apa2 pun yang berlaku pada masa akan
datang walau pun sesaat kehadapan.
Cuma dalam context takaful ini, ia
nya berkaitan dengan risiko. Dan ramai yang setuju saya rasa, dan
menurut kajian dan statistik, kalau GEMUK - RISIKO mendapat penyakit
akan bertambah. Jadi, kalau risiko bertambah, apa kaitannya dengan
takaful?...especially medical card.
Ok, saya nak anda befikir, seolah2
anda yang empunya company takaful tu. Maksudnya, anda sebagai share
holder terbesar dalam syarikat takaful tu, dan anda sekarang nie buat
BUSINESS dan bukan WELFARE. And ada prospect customer yang ingin
mendapatkan plan perubatan dari company anda, dan beliau mempunyai
risiko tinggi untuk dapat penyakit, atau yang dah ada penyakit yang
secara rekodnya akan claim bill perubatan berpuluh ribu pada masa akan
datang sebab penyakit beliau masih belum sembuh.
Ok, sebagai share holder?..anda
fikir dan anda jawab sendiri, rasa2 anda nak amik prospect tersebut
sebagai client anda?...Anda tahu jawapannya bukan?
Ok, sekarang nie, kalau kita tukar
pulak, kita sebagai prospect, kalau kita dah ada masalah kesihatan atau
masalah berat badan, anda rasa2, mudah ke nak apply plan takaful
especially medical card? Anda fikir sendiri.
Apa kemungkinan atau procedure biasa
bila kita nak apply plan takaful dan kita ni tergolong dari orang2 yang
obesiti ini? Berdasarkan pengalaman saya...
Kena medical check up,
walau pun umur dan coverage untuk orang2 yang standard tak memerlukan
medical check up untuk apply takaful. So, kalau dah kena medical check
up, bukan hanya berat badan sahaja yang diperiksa, so, masa tu la
mungkin kita jumpa macam2 penyakit. So, dalam context insurance /
takaful, kalau kita tak tau masa kita nak apply yang kita ada sakit, tak
payah nak declare, sebab setakat yang kita tahu kita sihat. Tapi, once
dah tahu, kita kena declare dan ada akibat lain yang mungkin timbul.
Walau pun lepas kita buat medical check up, kita didapati sihat, tapi
sebab gemuk punya pasal, kemungkinan ini tetap ada.
1- Diterima, tapi kena loading.
(Maksudnya bayar lebih)....kalau orang normal dengan pakej A, kena bayar
RM 150. Tapi, sebab overweight punya pasal, dengan pakej yang sama,
orang yang overweight tadi kena bayar lebih, mungkin RM 200, 250,
300...bergantung kepada % kena loading. Ini semua bergantung kepada
laporan doktor yang kita buat medical check up tadi.
2- Diterima tapi ada exclusion.
Maksudnya, mungkin ada beberapa manfaat yang tidak boleh diambil atau
company tak boleh nak offer, walau pun client boleh bayar lebih....
3- Declined (tidak diterima langsung)....
4- Postponed ( yang ini client kena
tunggu tempoh masa akan datang dan kena turunkan berat badan kepada
normal, baru boleh apply semula).
Jadi, nasihat saya, kepada pembaca2
blog saya sekalian, ambillah plan perubatan atau medical card di masa
anda sihat, berat badan normal dan tiada sebarang risiko penyakit dengan
segera. Kerana Insyallah ianya akan menguntungkan anda berbanding kalau
dah sakit atau dah overweight baru nak amik. Bukan makna apabila kita
ada medical card, kita akan senang pada masa akan datang, tapi ini
sebagai ikhtiar kita, kalau Allah nak uji kita dengan penyakit, kita
bersedia dengan tabung perubatan yang kita tak perlu nak simpan dengan
amount yang banyak. Sebab kita simpan mungkin RM 200 sebulan (termasuk
beberapa manfaat lain), kita boleh ada tabung perubatan sehingga RM
1,500,000. Kalau tidak berlaku apa2..Alhamdulillah, kalau berlaku apa2,
kita dah sediakan awal tabung perubatan tersebut. Tapi, ini bukan
jaminan kita akan senang, sebab senang susah kita pada masa hadapan
bukan kita tentukan, itu hak milik MUTLAK Allah S.W.T. Kita hanya
merancang sahaja sebagai ikhtiar.
Untuk mendapat khidmat nasihat percuma mengenai medical card, boleh hubungi saya 019-9825313 (Tuan Mohd Asri)
Sekian.